Lagu single Ah Yeah (EP)

"Up & Down"

"Up & Down" (Hangul: 위아래; RR: Wiarae) dikeluarkan lebih awal sebagai lagu single digital pada 27 Ogos 2014. Lagu ini dicipta dan diterbitkan oleh Shinsadong Tiger, Namking Nang dan LE.[8] Ia merupakan keluaran pertama kumpulan ini bersama Yedang Entertainment selepas menyertai syarikat ini pada bulan Jun 2014.[9]

Lagu ini menjadi tajuk utama kerana kejayaan lewat menaiki carta selepas kejayaan biasa-biasa pada awalnya. Lagu ini mula menduduki carta tiga bulan selepas ia dikeluarkan.[10] Kejayaan lewat lagu single ini dikaitkan kepada sebuah video peminat dimana Hani mempersembahkan lagu ini dimana ia menjadi viral di rangkaian media sosial Korea pada lewat bulan November.[11][12]

"Up & Down" membuat kemunculan pertama di tempat ke-94 dalam Carta Lagu Domestik Gaon sebelum terkeluar daripada carta pada minggu berikutnya. Walau bagaimanapun pada 16 November 2014, lagu ini memasuki Carta Lagu Keseluruhan Gaon di tempat ke-34 kerana populariti lewatnya. Lagu ini kekal dalam lima teratas untuk tiga minggu berikutnya sebelum menduduki tempat teratas pada 28 Disember 2014.[13]

Sejak ia dikeluarkan, lagu ini telah terjual sebanyak 1.3 juta salinan digital di Korea Selatan,[14] menjadikan ia lagu single pertama kumpulan ini untuk terjual sebanyak satu juta salinan.

(EXID(이엑스아이디)) 아예 (Ah Yeah) Music Video (Official MV)

Rujukan

WikiPedia: Ah Yeah (EP) http://www.billboard.com/articles/columns/k-town/6... http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2014/08/... http://daily.hankooki.com/lpage/entv/201501/dh2015... http://bntnews.hankyung.com/apps/news?popup=0&nid=... http://tenasia.hankyung.com/archives/411328 http://tenasia.hankyung.com/archives/412526 http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://www.koreaboo.com/video/exid-wins-2nd-consec... http://www.koreadaily.com/news/read.asp?page=1&bra... http://www.koreadaily.com/news/read.asp?page=1&bra...